QUESTION 1 : Bincangkan peranan rakan sebaya dalam
mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Perkembangan sosioemosi kanak-kanak ialah keupayaan untuk
kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu
dan mengikut norma masyarakat.
Perkembangan sosioemosi juga didefinisikan dapat dilihat
melalui tingkahlaku kanak-kanak yang positif seperti berdikari, bergaul
peramah, mengikut peraturan ,berkongsi dengan kawan-kawan sebaya mereka dan
tingkahlaku yang negatif pula kanak-kanak akan menunjukkan sikap yang suka
bergaduh, sombong, mementing diri sendiri, perasaan takut dan sentiasa
mengasingkan diri dari masyarakat.
Lazimnya perkembangan sosioemosi kanak-kanak dipengaruhi
oleh rakan sebaya mereka. Hal ini adalah kerana kawan memainkan pengaruh yang
paling kuat terhadap seseorang individu. Situasi ini adalah selara dengan satu
kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan kanak-kanak
merasakan rakan mereka adalah penting kepada merka ( Malecki & Elliott,
1999).
Seperti yang kita ketahui, rakan sebaya ialah rakan yang
sama umur, mempunyai minat yang sama, pendidikan atau kelas sosial yang sama.
Rakan sebaya merupakan golongan yang paling hampir juga dengan kanak-kanak
selain ibu bapa. Rakan sebaya juga digunakan untuk menilai diri, sahsiah
seseorang individu.
Hal ini menunjukkan rakan sebaya sangat mempengaruhi
kanak-kanak, khasnya dalam perkembangan intelek, sahsiah, sosial begitu juga
dengan sosioemosi.
Terima kasih kerana sudi membaca. Salah silap mohon
pencerahan dan diharapkan dapat sama-sama berkongsi ilmu dengan memberi sedikit
komen atau soalan yang berkenaan dengan tajuk diatas. Harap membantu dalam
perkembangan generasi akan datang. ;)
