Friday, 1 January 2016

Sannah helwah Mama


Sannah helwah mama <3. Today is my mom birthday. Semoga sehat selalu and always be happy. Segala kasih sayangmu, pengorbananmu dan keperhatinanmu mama amat kakak, Diyana, Syafiee n Dek Iqa n Ayah sanjung tinggi langit ke arash Allah. Demi Allah , Raemah binti Hj Saiee engkaulah mama fid dunya wal akhirah. Semoga kasih sayang Allah mengiringi kehidupanmu mama. Love you mom. Love you also dad, Jamali bin Kadir fid dunya wal akhirah.



Aku call mama , mama aku call aku tiap-tiap hari. Orang cakap aku manja. :) *smile. hmm. Okay, accepted. Aku memang manja. But... can i ask you something,

Dah call ibumu hari ni, dah chat dia , mama sehat ke tak? Dah makan ke x? Buat ape je hari ni?

or how about..

mesti korang dah tanya benda camtu kan, kat your triple sweet manja GF, or double sado macho BF

hee, its okay then. 

Jangan sampai, bercinta bagai nak rak, last-last tak kawen, Syaitan gelak guling2 . hihi
Mmg fitrah. Tp boleh elak kan? Cuba elak dosa, kasih sayang keluarga and Allah tak ke mana dear.

okay now :)

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.'” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)


Semua sebab.....ibumu,ibumu,ibumu baru kemudian ayahmu

betapa besar nya nilai seorang ibu, malah syurga kita dibawah telapak kaki ibu

Aku call tiap2 hari, bkn la sebab aku manja yang terlampau lah sangat tu. haha Tp, Rasulullah SAW pun dah bagitau. I call , i ask. Even nak turun kolej, nak study, nak pegi makan, nak melelapkan mata, nak hang out dengan kawan. Memang aku akan kol mama ku. Mama tak suruh makan megi, aku x makan. Baru kau rasa hidup kau tenang haha

Semua sebab restu. Mungkin agak annoying ,mcm tak pandai berfikir sendiri lah bagai"ganggu kol tiap2 hari byk kali" . haha, But my mom ok je. Tak kesah pun. Kol je..*jgn malu nak bersweet2 dengan ibu or ayah sendiri. Ok? berfikiran matang. 

Apa-apa pun, aku akan tanya. Kalau mama or ayah aku izin kn, aku akan ikut. Kalau selain dari tu, aku takkan ikut melainkan ke arah kebaikan dan urusan penting. kalau aku tak bersuara, tak ada jawapan, tanya mama and ayah aku jawapan nya. 

Hargai selagi masih ada :) 

Tuesday, 22 December 2015

Sentuhan Buskers

22 December 2015 at 30 minutes past 5 pm

As I get older, i get more quite and just observe

Look for a new angle. every angle thats stuck in my mind give me motivation to appreciate the situation. who knows one day we will become wht we want to be. although its unofficially, u'll be satisfied cause ur dreams come through. a photographer to be maybe ? 

just looks for a new angle #ohmyenglish -____- 

*merapu pfftss ;)


Monday, 21 December 2015

Mom and Dad

makin futher study, makin homesick, errmm, makin meningkat dewasa, makin homesick

for dad nak pegi mana2 msti nakkn ayah or here some guys that u trust n protective. but here theres nobody n i didnt find any it accept my dad. nak bteman dgn girl frens pun , diorg lbih kurg ja penakut, n siyes mostly slow. hahahaha. thats why, i pretend to move, out, walk and what so ever alone mostly.although i feel so insecure but i need too. i know Allah always with me. thats more faster, punctual n saving my time.

for mom, more story about life, jaga diri, study, makan minum, manage money n segala keperluan she knows. senang ckp, mom ad naluri wlaupun kita x bgitau. She knows everything wlaupun anak dia sjauh mna pun. komfem stiap bnda y diteka tu betul, dibgitau smua padan. haha

apa2 pun everyday, everytime, mins, sec i need them, my mom n dad. tak kesah laa, ak nak kol bkali2 tiap2 hari pun. Asalkn ak dpt dengar suara my mom n dad, n they also always with me.

***mood menulis pffts


I PROMISE


I promise anytime you call me


It don't matter where I am
I'll always be there, like you've been there
If you need me closer, I'll be right over
I swear, I swear
-Harris J.-



Thursday, 17 December 2015

FORUM 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca Blog saya

QUESTION 4 :Pada pandangan anda bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Bincangkan.

Kanak-kanak adalah aset negara yang sangat penting untuk masa hadapan. Untuk menjadikan mereka membesar dengan sihat , keadaan fizikal dan mental mereka hendaklah dijaga dan dipenuhi dengan sempurna dan mantap.  Di sini saya ingin menerangkan sedikit tentang stress. Stress melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih unutk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.

Robbins, 1993, menerangkan sebagai , " Sesuatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut. 

Sebagai seorang dewasa, menghadapi stress adalah perkara biasa bagi kita. Misalnya stress dengan banyak kerja, keadaan rumah tangga dan sebagainya.  Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga boleh mengalami stress dan sukar unutk mereka mengatasi tekanan tersebut. Kanak-kanak lebih banyak bergantung kepada orang-orang dikeliling mereka. Sebagai orang yang rapat dengan kanak-kanak tersebut hendaklah dapat mengesan tekanan yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.

Dalam satu kes di Malaysia, seorang pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian SekolahRendah (UPSR) mengeluh kerana sering mengalami sakit kepala, sakit perut, dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah, dan kurang keyakinanyang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya.

Dalam kes yang lain pula seorang kanak-kanak enam tahun dibawa ke klinik kerana sering kencing malam. Apabila diperiksa tahap kesihatannya memuaskan tetapi apabila diselidiki keadaan psikologi keluarganya, doktor mendapati bahawa ayahnya berkerja jauh dan tidak pulang selama 6 bulan dan kanak-kanak ini rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi atau stress akhirnya menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barang-barang kawan-kawannya di tadika.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kes-kes ini berlaku. Terdapat banyak juga cara mengatasi stress ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak. 

Sekian untuk hari ini. Diharapkan kepada para pembaca memberi sedikit perkongsian tentang forum ini.

TQ. :)






Thursday, 3 December 2015

FORUM 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Salam Jumu'ah :)

QUESTION 3 : Bahaskan penyataan ini ; “Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan “

Pada pendapat saya dari soalan di atas ialah saya kurang bersetuju bahawa kecerdasan emosi dan sosial lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Intelek ialah kemampuan daya fikir, memahami dan .Emosi ialah perasan dan sosial ialah cara kita berhadapan dengan masyarakat disekeliling. Dengan mengetahui definisi setiap faktor ini, kita dapat ketahui bahawa intelek lebih penting daripada kecerdasan emosi dan sosial.

volunteers!!! ;)

Pada pendapat saya dengan adanya kecerdasan atau keupayaan intelek yang tinggi secara automatik kecerdasan emosi akan lebih baik, dapat dikawal dan mengetahui had dan batas dalam bersosial dengan masyarakat di sekeliling kita. Nilai intelek yang tinggi sudah tentu lebih banyak berfikir dan bijak sebelum melakukan apa-apa tindakan, dari segi emosi mahupun sosial.


Oleh sebab itu, kecerdasan intelek adalah lebih penting daripada kecerdasan emosi dan sosial dalam dunia pekerjaan.

Kongsikan pendapat dan pengalaman yang telah anda lalui tentang tajuk (soalan) di atas. Harap dapat membantu dan membentuk personaliti yang menarik untuk generasi yang bakal bekerja dalam pekerjaan mereka kelak.

Terima kasih kerana membaca.

Monday, 30 November 2015

FORUM 1

QUESTION 1 : Bincangkan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Perkembangan sosioemosi kanak-kanak ialah keupayaan untuk kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan mengikut norma masyarakat.

Perkembangan sosioemosi juga didefinisikan dapat dilihat melalui tingkahlaku kanak-kanak yang positif seperti berdikari, bergaul peramah, mengikut peraturan ,berkongsi dengan kawan-kawan sebaya mereka dan tingkahlaku yang negatif pula kanak-kanak akan menunjukkan sikap yang suka bergaduh, sombong, mementing diri sendiri, perasaan takut dan sentiasa mengasingkan diri dari masyarakat.






Lazimnya perkembangan sosioemosi kanak-kanak dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini adalah kerana kawan memainkan pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu. Situasi ini adalah selara dengan satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada merka ( Malecki & Elliott, 1999).

Seperti yang kita ketahui, rakan sebaya ialah rakan yang sama umur, mempunyai minat yang sama, pendidikan atau kelas sosial yang sama. Rakan sebaya merupakan golongan yang paling hampir juga dengan kanak-kanak selain ibu bapa. Rakan sebaya juga digunakan untuk menilai diri, sahsiah seseorang individu.

Hal ini menunjukkan rakan sebaya sangat mempengaruhi kanak-kanak, khasnya dalam perkembangan intelek, sahsiah, sosial begitu juga dengan sosioemosi.


Terima kasih kerana sudi membaca. Salah silap mohon pencerahan dan diharapkan dapat sama-sama berkongsi ilmu dengan memberi sedikit komen atau soalan yang berkenaan dengan tajuk diatas. Harap membantu dalam perkembangan generasi akan datang. ;)

FORUM 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

QUETION 2 : Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa 

Bapa atau ayah sering dikenali sebagai ketua dalam sesebuah keluarga. Kehadiran seorang bapa sangat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai aspek. Majoriti sebagai seorang bapa secara semula jadi akan bertanggungjawab melindungi, menyokong dan memberi sumbangan besar terhadap keluarga, isteri serta anak-anak dan masyarakat disekeliling mereka. 

My Idol Ayah


Seorang bapa mempunyai peranan penting terhadap anak-anak dari segi masalah tingkahlaku anak lelaki dan masalah psikologi anak perempuan. Oleh itu, bapa hendaklah mempunyai hubungan perapatan yang akrab dengan anak-anak. 

Saya mengharapkan beberapa respon menarik dari pembaca blog yang berkaitan dengan tajuk( soalan ) di atas. 

Sukran Jazilan ;)