Thursday, 3 December 2015

FORUM 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Salam Jumu'ah :)

QUESTION 3 : Bahaskan penyataan ini ; “Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan “

Pada pendapat saya dari soalan di atas ialah saya kurang bersetuju bahawa kecerdasan emosi dan sosial lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Intelek ialah kemampuan daya fikir, memahami dan .Emosi ialah perasan dan sosial ialah cara kita berhadapan dengan masyarakat disekeliling. Dengan mengetahui definisi setiap faktor ini, kita dapat ketahui bahawa intelek lebih penting daripada kecerdasan emosi dan sosial.

volunteers!!! ;)

Pada pendapat saya dengan adanya kecerdasan atau keupayaan intelek yang tinggi secara automatik kecerdasan emosi akan lebih baik, dapat dikawal dan mengetahui had dan batas dalam bersosial dengan masyarakat di sekeliling kita. Nilai intelek yang tinggi sudah tentu lebih banyak berfikir dan bijak sebelum melakukan apa-apa tindakan, dari segi emosi mahupun sosial.


Oleh sebab itu, kecerdasan intelek adalah lebih penting daripada kecerdasan emosi dan sosial dalam dunia pekerjaan.

Kongsikan pendapat dan pengalaman yang telah anda lalui tentang tajuk (soalan) di atas. Harap dapat membantu dan membentuk personaliti yang menarik untuk generasi yang bakal bekerja dalam pekerjaan mereka kelak.

Terima kasih kerana membaca.

10 comments:

  1. Wa'alaikummussalam saudari, terima kasih atas hujah yang diberi. Saya sangat bersetuju dengan hujah saudari tentang soalan forum di atas.

    Saya ingin memberi sedikit pendapat saya tentang soalan forum ini. Bagi kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan lebih penting dari kecerdasan emosi dan sosial. Walaupun kedua-dua faktor ini sama-sama penting dalam kehidupan, tp di alam pekerjaan intelektual lebih penting. Hal ini kerana, intelektual bahasa ringkas nya ialah iq ataupun ilmu. Terdapat banyak jenis ilmu. Seperti kita sendiri, kita telah mempelajari pelbagai jenis ilmu yang bukan hanya terdapat di dalam buku, ilmu juga boleh didapati di semua sekelilking kita. Antaranya ialah ilmu ragam manusia, ilmu agama dan sebagainya. Dengan adanya ilmu-ilmu yang telah didapati, kita akan dapat tahu membezakan perkara yang buruk dan yang baik.

    Begitu juga dengan emosi dan sosial, jika kita ada intelektual atau ilmu yang tinggi, kita akan dapat mengawal emosi dan sosial pergaulan kita di alam pekerjaan.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas perkongsian saudara. Nampaknya saudara juga bersetuju dengan pendapat saya bahwa intektual lebih penting dari emosi dan sosial di alam pekerjaan. Sudah pastinya intektual penting kerana ia dapat mengawal emosi kita. terima kasih lagi kepada saudara.

      Adakah ada penda[at lain yang boleh menyokong pendapat saya lagi?

      Delete
  2. Tq dengan pendapat saudari di atas. Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari bahawa secara ringkasnya intelek lebih penting daripada emosi dan sosial. Hal ini kerana, dengan adanya kecerdasan intelektual yang tinggi sudahpastinya emosi dan sosial seseorang itu mudah untuk dikawal. KIta semua sama, tetapi yang membezakan kita ialah intelektual. Intelek tual boleh didefinisikan sebagai daya mampu berfikir memahami dan menganalisis. Dari definisi tersebut juga kita dapat tahu intelek sangat berkait rapat dengan emosi dan sosial. dan secara automitiknya, intelektual lebih penting dari emosi dan sosial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kepada saudari kerana memberi sedikit perkongsian. Dengan perkongsian-perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada pembaca lain. Pendapat yang diberi juga boleh membuka fikiran kepada pembaca lain dengan lebih luas lagi.

      Delete
  3. setiap pekerjaan memerlukan intelek yang luas untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Saya bersetuju dengan pendapat anda bahawa kecerdasan intelek lebih penting dari kecerdasan emosi dan sosial dalam alam pekerjaan. Hal ini kerana, setiap pengetahuan hendaklah bermula dari intelek bukannya dari emosi dan sosial. Intelek adalah akar umbi dari semua aspek di dalam pekerjaan .

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas komen encik, memang jelaslah bahawa intelek lebih penting dari emosi dan sosial. Kita juga telah mendengar dari orang yang mempunyai pengalaman dalam bekerja. Intelek boleh mengawal segala aspek-aspek lain seperti emosi, sosial, rohani dan jasmani.

    ReplyDelete
  5. Sy setuju dengan pandangan penulis dalam hal pekerjaan. Ini kerana kita memerlukan orang yang pakar dan menguasai pekerjaan yg diceburi. Tapi dari segi kepimpinan, kecerdasan emosi dan sosial sangat penting bagi mengawal sumber yang ada di sekeliling untuk mencapai goal sesebuah organisasi.

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan pandangan adik, sebab zaman kini kita perlukan generasi intelektual yg professional dalam bidang masing2 bagi mencapai wawasan 2020

    ReplyDelete
  7. Saya setuju. Dalam dunia pekerjaan, kita banyak berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Justeru, aspek intelek sahaja tidak mencukupi tetapi hendaklah disertakan sekali dengan kemahiran insaniah yang tinggi .

    ReplyDelete