Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
QUETION 2 : Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa
Bapa atau ayah sering dikenali sebagai ketua dalam sesebuah keluarga. Kehadiran seorang bapa sangat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai aspek. Majoriti sebagai seorang bapa secara semula jadi akan bertanggungjawab melindungi, menyokong dan memberi sumbangan besar terhadap keluarga, isteri serta anak-anak dan masyarakat disekeliling mereka.
![]() |
| My Idol Ayah |
Seorang bapa mempunyai peranan penting terhadap anak-anak dari segi masalah tingkahlaku anak lelaki dan masalah psikologi anak perempuan. Oleh itu, bapa hendaklah mempunyai hubungan perapatan yang akrab dengan anak-anak.
Saya mengharapkan beberapa respon menarik dari pembaca blog yang berkaitan dengan tajuk( soalan ) di atas.
Sukran Jazilan ;)

Waalaikumussalam kak,saya sangat bersetuju dengan pendapat akak tentang pentingnya hubungan perapatan anak-anak dengan bapa.
ReplyDeleteSaya ingin berkongsi sedikit pendapat saya tentang tajuk forum ini. Seorang bapa sudah semestinya menggalas tanggungjawab utama dalam sesebuah keluarga. Apabila dikatakan tanggungjawab utama sudah pastinya seorang bapa perlulah bersedia memikul tugas dalam kebahagiaan keluarga terutama dalam mendidik anak-anak menjadi seorang yang berguna.Sebagai seorang bapa sewajarnya menjadi role model terbaik kepada anak-anak kerana dia telah dianggap sebagai keluarga dan pentingnya sebagai ikutan kepada anak lelaki dan sebagai pelindungan dan seorang lelaki yang sudah dipercayai oleh anak perempuannya. Oleh sebab itu , akan menjadi masalah jika anak-anak tidak menjadi hubungan perapatan dengan bapa.
terima kasih saudari atas komen yang diberi. Komen anda sangat memberangsangkan . Jelas bahawa anda faham tentang tanggungjawab bapa anda.
DeleteTerima kasih atas perkongsian saudari. Saya setuju dengan hujah yang dipersembahkan . Saya ingin memberi sedikit perkongsian mengenai tajuk forum yang diberi. Saya sebagai seorang ayah dan guru kepada anak-anak dan pelajar saya, Kanak-kank memerlukan bimbingan dan disiplin yang sewajarnya dari ibu bapa, guru dan penjaga. Dalam mendisiplinkan anak-anak, ibu boa perlulah memberi teguran yang konsisten kepada anak-anak. Ibu bapa tidak boleh berputus asa dalam menasihati anak-anak. Sekiranya mereka melakukan kesalahan , hukuman yang wajar perlulah diberi. Akan tetapi, hukuman fizikal seperti memukul, merotan, menampar dan sebagainya akan menyebabkan sesetengah kanak-kanak lebih agresif. Hukuman yang sewajarnya mengajar mereka mendisplinkan diri seperti hukuman berdiri menghadap dinding(time-out) atau memotong wang belanja bertujuan unutk mendisplinkan dan memperbaiki diri kea rah kebaikan . Anak-anak juga perlu diterangkan mengapa mereka dihukum. Ketegasan ibu bapa diperlukan dana anak-anak perlu diberitahu bahawa kemarahan hanya pada tingkah laku mereka bukan pada dirimereka. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa juga hendaklah dijaga dan disusun dengan baik supaay anak-anak mudah faham. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan anak-anak stress dan memikirkan fikiran yang negative terhadap apa yang dinasihat dan ditegurkan oleh ibu bapa mereka.
ReplyDeleteSemoga anda berjaya dalam pelajaran. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda.
Terima kasih atas perkongsian dan pendapat encik yang ilmiah. Jelas bahawa, encik telah mempunyai banyak pengalaman dalam mendidik anak-anak. Dan anda berpengetahuan dalam cara-cara mendisplin dan mendidik anak dengan betul. Antara kata kunci yang saya perolehi dari perkongsian encik tadi ialah, ibu bapa tidak boleh berputus asa dalam menasihati anak-anak. Hal ini betul kerana sekiranya ibu bapa berputus asa, anak-anak kemungkinan akan hidup terumbang ambing tanpa arah tujuan dan jika perkara ini berlaku ibu bapa tersebut boleh di anggap tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah mbagi kepada mereka. Terima kasih sekali lagi kepada encik.
DeleteAssalamulaikum..
ReplyDeleteBapa merupakan tunggak utama dalam keluarga.Sebagai seorang anak seharusnya kita mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli keluarga kita trutama ibu bapa kita.Jika ingin dibincangkan apa yang akan bakal terjadi jika anak tiada rasa kasih mesra terhadap seorang ayah,mereka akan mudah hilang arah dan akan hilang kepercayaan terhadap seorang ayah dan akan menyebabkan mereka mudah menyimpang dan memekak telinga ketika menrima nasihat dari ayah mereka.Oleh yang demikian,eratkanlah hubungan kita dengan ahli keluarga kita kerana mereka merupakan aset terbesar yang kita ada,tanpa mereka kita ini bukan siapa-siapa di dunia.
Waalaikumussalam saudara, terima kasih kerana memberi komen yang bernas pada pagi ini. Saya beranggapan bahawa saudara seorang yang akrab dengan bapa saudara. Saya sangat bersetuju dengan pendapat sauadara bahawa jika anak-anak tiada hubungan perapatan dengan seorang akan menyebabkan mereka jauh tersasar dan tidak menerima teguran seorang bapa. Jika hal ini berlaku dalam setiap keluarga akan menyebab lahirlah anak muda yang tiada masa depan dan mempunyai kendiri yang negatif. Oleh itu, hubungan perapatan dengan bapa sangat penting bagi setiap anak-anak yang lahir di dunia ini.
DeleteAssalaamu'alaikum Sahabat.
ReplyDeleteSebenarnya, saya sangat setuju dengan isi yang diberikan oleh awak.
Bapa atau ayah, sangat memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak ke arah yang baik.
Jika seorang ayah itu mengamalkan biah soleh dalam keluarga, In Shaa Allah, anak-anak akan itu kerana Meluntur Buluh Biar Dari Rebungnya.
Hal ini akan membawa masa depan yang sangat baik kerana jika anak-anak itu mempunyai Akhlak yang baik, yang sudi untuk membantu orang lain, saya jamin bahawa negara kita juga akan semakin aman kerana semua orang saling membantu sesama sendiri.
Itu saja dari saya.
Syukran.
terima kasih sahabat kerana memberi perkongsian yang menarik pada pagi ini. Sudah pastinya, untuk melahirkan generasi yang soleh dan patuh kepada arahan ibu bapa haruslah dididik dengan cara yang betul sejak dari kecil lagi. Seorang ayah sangat memain peranan yang penting kerana ayah adalah serang ketua keluarga dan sudah pastinya tanggapan seorang anak kepada ayah ialah ayah seorang yang tegas dan harus dipatuhi setiap kata-katanya. Oleh itu, seorang ayah hendaklah mempunyai hubungan yang akrab dengan nak-anaknya.
Delete