Monday, 30 November 2015

FORUM 1

QUESTION 1 : Bincangkan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Perkembangan sosioemosi kanak-kanak ialah keupayaan untuk kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan mengikut norma masyarakat.

Perkembangan sosioemosi juga didefinisikan dapat dilihat melalui tingkahlaku kanak-kanak yang positif seperti berdikari, bergaul peramah, mengikut peraturan ,berkongsi dengan kawan-kawan sebaya mereka dan tingkahlaku yang negatif pula kanak-kanak akan menunjukkan sikap yang suka bergaduh, sombong, mementing diri sendiri, perasaan takut dan sentiasa mengasingkan diri dari masyarakat.






Lazimnya perkembangan sosioemosi kanak-kanak dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini adalah kerana kawan memainkan pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu. Situasi ini adalah selara dengan satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada merka ( Malecki & Elliott, 1999).

Seperti yang kita ketahui, rakan sebaya ialah rakan yang sama umur, mempunyai minat yang sama, pendidikan atau kelas sosial yang sama. Rakan sebaya merupakan golongan yang paling hampir juga dengan kanak-kanak selain ibu bapa. Rakan sebaya juga digunakan untuk menilai diri, sahsiah seseorang individu.

Hal ini menunjukkan rakan sebaya sangat mempengaruhi kanak-kanak, khasnya dalam perkembangan intelek, sahsiah, sosial begitu juga dengan sosioemosi.


Terima kasih kerana sudi membaca. Salah silap mohon pencerahan dan diharapkan dapat sama-sama berkongsi ilmu dengan memberi sedikit komen atau soalan yang berkenaan dengan tajuk diatas. Harap membantu dalam perkembangan generasi akan datang. ;)

11 comments:

  1. Assalamualaikum saudari, saya bersetuju dengan hujah yang diberi oleh anda. Saya ingin memberi pendapat saya tentang soalan forum anda.

    Pada pendapat saya, rakan sebaya sangat mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Dari pengalaman saya sendiri, sejak dari kecil saya mempunyai ramai kawan yang mempunyai pelbagai ragam dan personaliti masing-masing. Rakan sebaya boleh mempengaruhi diri kita. Rakan sebaya boleh dikatakan mempunyai umur, minat, personaliti dan ragam yang sama dengan kita. Misalnya, jika saya berkawan dengan orang yang rajin belajar saya akan sama-sama turut rajin belajar. hal ini kerana, rakan sebaya adalah orang yang paling hampir dengan kita selain ibu bapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen saudara. Dari komen saudara, kita boleh lihat bahawa peranan rakan sebaya sangat mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak.

      apakah pendapat lain tentang forum ini?

      Delete
  2. assalamualaikum dan selamat sejahtera.
    saya ingin menyatakan pendapat saya bahawa pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Rakan sebaya boleh mendorong kanak-kanak mencapai impian atau sebaliknya. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dasn potensi ke tahap optimum. Kanak-kank yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Manakala rakan sebaya yang bersikap negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanak-kanak turut terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak turut bertingkah laku sedemikian kerana mereka takut disingkir oleh rakan sebaya mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pendapat ilmiah dari saudara. Pantas lah bahawa, rakan sebaya boleh dikata sebagai keluarga kedua selepas, kerana rakan sebaya sangat mempengaruhi perkembangan awal kanak-kanak dari setiap sudut aspek.

      Delete
  3. Assalamualaikum...salam sejahtera...saya sangat setuju dengan apa yang dijelaskan oleh saudari diatas.Sememangnya rakan sebaya banyak mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak terutama yang sudah mula bersekolah kerana mereka banyak meluangkan masa bersama rakan sebaya di sekolah berbanding keluarga dirumah.Hal ini menyebabkan kanak-kanak akan mudah melakukan perkara yang baru bagi dirinya tanpa berfikir dengan relevan.Oleh itu,ibu bapa mestilah bijak mengawal tingkah laku anak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen saudara. Sememang nya bila kanak-kanak sudah mula masok ke alam persekolahan, rakan sebaya adalah orang yang paling dekat dengan kanak-kanak tersebut. sudah semestinya, kanak-kanak akan mudah untuk terpengaruh dengan rakan sebaya sekiranya ibu bapa lalai dalam mengawal kanak-kanak tersebut.

      Delete
  4. Assalamulaikum dan salam sejahtera.
    Perkembangan sosioemosi ini boleh berlaku atas banyak faktor dan salah satunya seperti yang saudari nyatakan iaitu rakan sebaya.Rakan sebaya merupakan antara orang terdekat dengan diri kit, jadi dalam pelbagai perkara rakan sebaya sangat berpengaruh malah ada masanya lebih berpengaruh dari ibu bapa.Justeru,memang jelas perkembangan sosioemosi dalam diri kalangan anak-anak masa kini berakar umbi dari rakan sebaya.Oleh itu,ibu bapa seharusnya memberi didikan awal pada anak-anak supaya bijak dalam memilih kawan kerana kawan merupakan cerminan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam abang helmi, terima kasih atas pendapat anda. Saya bersetuju bahawa kanak-kanak pada masa kini berakar umbikan rakan sebaya. HAl ini kita boleh lihat disekeliling kita sendiri. Kebanyakkan kanak-kanak lebih memilih unutk keluar dengan rakan-rakan dari ibu bapa sendiri. terima kasih saudara.

      Delete
  5. Setiap orang pasti mengakui bahawa salah satu faktor yang amat mempengaruhi diri ialah rakan sebaya. Rakan sebaya boleh menjadi penyebab berjaya atau sebalik. Sebagai contoh, seseorang itu merokok, ditanya kenapa dia merokok? Salah satu jawapannya ialah kerana pengaruh rakan sebaya. Tak kira peringkat usia, semuda usia kanak-kanak, tingkah laku, percakapan dan bahasa adalah aspek sangat mudah dipengaruhi.Kesannya amat mendalam.Justeru, ibu bapa serta ahli keluarga haruslah memainkan penting bagi memastikan tingkah laku anak-anak di atas landasan yg betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian dan pendapat bernas dari encik. Dari perkongsian yang telah diberi jelaslah bahawa rakan sebaya sangat mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak bahkan lebih mempengaruhi ibu bapa sendiri. HAl ini keran hubungan rakan sebaya lebih rapat dari hubungan dengan ibu bapa sendiri. Oleh sebab itu, ibu bapa harus lah bijak dalam mendidik anak-anak pada zaman sekarang. Semakin hari semakin banyak yang boleh mempengaruhi kanak-kanak dan semakin hari manusia juga sibuk mengejar keduniaan dan kerja-kerja nutk menampung keluarga. Ibu bapa haruslah pandai membahagi dan meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak supaya mereka lebih rapat dengan ibu bapa sendiri. Terima kasih atas perkongsian encik.

      Delete
  6. Setiap orang pasti mengakui bahawa salah satu faktor yang amat mempengaruhi diri ialah rakan sebaya. Rakan sebaya boleh menjadi penyebab berjaya atau sebalik. Sebagai contoh, seseorang itu merokok, ditanya kenapa dia merokok? Salah satu jawapannya ialah kerana pengaruh rakan sebaya. Tak kira peringkat usia, semuda usia kanak-kanak, tingkah laku, percakapan dan bahasa adalah aspek sangat mudah dipengaruhi.Kesannya amat mendalam.Justeru, ibu bapa serta ahli keluarga haruslah memainkan penting bagi memastikan tingkah laku anak-anak di atas landasan yg betul.

    ReplyDelete