Thursday, 17 December 2015

FORUM 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca Blog saya

QUESTION 4 :Pada pandangan anda bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Bincangkan.

Kanak-kanak adalah aset negara yang sangat penting untuk masa hadapan. Untuk menjadikan mereka membesar dengan sihat , keadaan fizikal dan mental mereka hendaklah dijaga dan dipenuhi dengan sempurna dan mantap.  Di sini saya ingin menerangkan sedikit tentang stress. Stress melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih unutk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.

Robbins, 1993, menerangkan sebagai , " Sesuatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut. 

Sebagai seorang dewasa, menghadapi stress adalah perkara biasa bagi kita. Misalnya stress dengan banyak kerja, keadaan rumah tangga dan sebagainya.  Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga boleh mengalami stress dan sukar unutk mereka mengatasi tekanan tersebut. Kanak-kanak lebih banyak bergantung kepada orang-orang dikeliling mereka. Sebagai orang yang rapat dengan kanak-kanak tersebut hendaklah dapat mengesan tekanan yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.

Dalam satu kes di Malaysia, seorang pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian SekolahRendah (UPSR) mengeluh kerana sering mengalami sakit kepala, sakit perut, dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah, dan kurang keyakinanyang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya.

Dalam kes yang lain pula seorang kanak-kanak enam tahun dibawa ke klinik kerana sering kencing malam. Apabila diperiksa tahap kesihatannya memuaskan tetapi apabila diselidiki keadaan psikologi keluarganya, doktor mendapati bahawa ayahnya berkerja jauh dan tidak pulang selama 6 bulan dan kanak-kanak ini rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi atau stress akhirnya menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barang-barang kawan-kawannya di tadika.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kes-kes ini berlaku. Terdapat banyak juga cara mengatasi stress ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak. 

Sekian untuk hari ini. Diharapkan kepada para pembaca memberi sedikit perkongsian tentang forum ini.

TQ. :)






8 comments:

  1. Ya betul. Banyak faktor yg memungkinkan seorang kanak-kanak menghadapi stress. Dalam usia mereka sebegini, mereka seharusnya mendapat bimbingan daripada keluarga terutama ibu bapa. Walaupun kita sedia maklum bahawa ada sesetengah stress yang baik untuk diri seperti diberi kerja rumah yang banyak oleh guru-guru, namun kanak-kanak seharusnya diberi bimbingan untuk menghadapi masalah tersebut. Hal ini supaya kanak-kanak berasa seronok ketika melakukan benda-benda tersebut. Secara tidak langsung stress akan bertukar menjadi perasaan seronok. Maka, selain ibu bapa yang seharusnya memainkan peranan dalam membimbing mereka, pihak sekolah seperti guru-guru juga seharusnya memainkan peranan agar kanak-kanak ini tidak terus rasa terabai. Pada usia muda inilah, mereka seharunsya diberi bimbingan dan kasih sayang yang sepenuhnya agar mereka cukup dengan ilmu-ilmu dan senang menghadapi masalah yang datang. Ibu bapa seharusnya banyak luangkan masa bersama anak-anak supaya mereka tidak merasa tertekan dengan masalah keluarga yang dihadapi. Dalam erti kata lain, supaya bebanan yang mereka hadapi kurang berikutan usia muda mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas perkongsian saudara yang cukup ilmiah. Sesungguhnya, orang yang berada disekeliling kanak-kanak itu sangat memberi peranan besar dalam menjaga kesihatan mental mereka.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudari, bagi pandangan sy, keadaan kesihatan mental kanak2 di Malaysia buat masa skrang ini dalam keadaan yg boleh dikatakan baik jika dibandingkan dgn negara lain. Tetapi sy tidak menafikan wujudnya perasaan tertekan yg dihadapi oleh kanak2 pra-sekolah/sekolah rendah. Bagi pandangan sy, kunci utk menangani permasalahan ini ialah tanggungjawab ibubapa kanak2 itu sendiri. Hal ini kerana, kanak2 lebih senang dgn ibubapa mereka. Ibubapa seharusnya mengambil kira atas segala perlakuan/situasi anak mereka sepanjang hari. Dlm erti kata lain, menyuruh anak mereka menceritakan apa yg telah mereka belajar? mkn apa waktu rehat? penat x pg sekolah? dan sebagainya. Dengan ini sy fikir, perasaan stress tu akan hilang kerana telah berkongsi dgn org lain..Selain itu, ibubapa perlu membantu mengurus masa anak mereka, menemani@menolong anak mereka dgn latihan yg di berikan oleh guru mereka..ini jg sy fikir dpt mengurangkan tekanan dlm diri kanak2 kerana adanya tmpt bertanya..sy rasa sekadar itu shja pandangan yg sy dpt berikan wlaupn sebenarnya bnyk lg pihak yg terlibat utk menangani masalah ini. Klau sy silap, di alu-alukan tegur..ni sekadar pandangan sy..Terima ksih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ataskomen dan perkkongsian yang telah anda berikan. terdapat banyak lagi cara mengatasi stress dalam kalangan kanak-kanak dan salah satu contoh yang anda beri ialah peranan ibu bapa dalam memberi perhatian terhadap anak-anak. Ibu bapa sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak kerana mereka lah yang paling rapat dengan kanak-kanak. terima kasih sekali lagi atas perkongsian saudara.

      Delete
  3. Wa'alaikummussalam dan salam Jumaat saudari, terima kasih atas info yang diberi. Seperti yang kita tahu keadaan kesihatan mental kanak-kanak pra sekolah dan sekolah rendah di Malaysia kurang memuaskan.

    Saya ingin memberi sedikit perkongsian tentang keperluan kesihatan mental yang perlu ada pada setiap diri kanak-kanak. Yang pertama, kasih sayang sangat lah penting dalam sesebuah keluarga untuk mengekalkan keharmonian. Kasih sayang ibu bapa sangat diperlukan oleh seseorang yang bergelar kanak-kanak malah kita sebagai orang dewasa. Hal ini kerana, kasih sayang ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak yakin terhadap diri sendiri dan berasa diri dilindungi. Yang kedua ialah, dunia kanak-kanak ialah dunia bermain. Bermain merupakan satu elemen penting dalam kehidupan mereka. Sebagai seorang ibu bapa atau penjaga, kita seharuslah sentiasa memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk bermain. Bermain ini boleh membantu mereka dalam perkembangan kognitif, kreativi, sensory motor dan fizikal kanak-kanak. Pada masa yang sama, kita boleh mengesan bakat, kekuatan dan kelemahan kanak-kanak tersebut. Di samping itu, bermain juga memerlukan rakan, iaitu rakan sebaya. Dengan bermain kanak-kanak boleh membentuk keyakinan diri untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka. Bermain juga boleh mengelakkan dari berlakunya kendiri yang negatif pada diri seorang kanak-kanak. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen dan perkongsian saudara yang cukup ilmiah. Antara kata kunci yang saya dapat di dalam hujah saudara ialah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bermain. Sudah semestinya, kehidupan kanak-kanak ilah bermain kerana bermain dapat membantu kanak-kanak mengembangkan pelbagai aspek seperti kognitif, fizikal, sensory motor dan sebagai nya. sepeti yang kita tahu, bermain ialah salah satu keseronokan bagi mereka.

      Delete
  4. Gilerlah! Best baca artikel ni! Ni pendapat aku la sbgai pembaca. Pendidikan yg paling penting adalah pada usia muda. Kanak2 dibentuk peribadinya, sikapnya, apa dia suka, apa yg dia x suka, benda yg baik & x baik dan sebagainya. Kanak2 ibarat kain putih yg bersih dan suci. Ibu bapanya, masyarakat dan persekitaranlah yg mencorakkan kain tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kepada pendapat sauadara. Memang betul bahawa pendidikan perlulah didedah pada peringkat awal kanak-kanak. Pendidikan pada peringkat mereka juga haruslah didedahkan dengan cara yang betul seperti belajar melalui bermain. HAl ini kerana, dunia kanak-kanak adaalh dunia bermain. dengan bermain, mereka dapat mengelakkan tekanan dari rumah jika ada masalah ibu bapa dirumah dan di sekolah jika kerja sekolah terlampau banyak misalnya.

      Delete